Kejayaan merupakan satu perspektif umum bagi manusia. Semua
manusia mahukan kejayaan. Ia seolah-olah menjadi ketamakan yang wujud sebagai
fitrah manusia yang lahir dari benak hati nurani. Tiada siapa yang mahukan
kegagalan. Tetapi apa sebenarnya kejayaan yang dimaksudkan? Adakah dengan
merangkul sesuatu anugerah atau mendapat satu keputusan yang camerlang dalam
ujian atau peperiksaan?.
Hakikat kejayaan adalah apabila seorang manusia itu merasai
ketenangan dalam diri. Jika seseorang insan memperoleh sesuatu tetapi tidak
mendatangkan ketenangan dalam diri, maka ianya bukanlah kejayaan yang hakiki. Jadi
apakah kejayaan?. Satu persoalan yang harus dijawab oleh diri kita sendiri,
kejayaan yang bagaimanakah yang kita impikan.
Menurut sudut pandang Islam, satu kejayaan itu adalah
apabila ia telah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang. Kesusahan melawan hawa nafsu dalam diri dan mendisiplan diri dalam
melakukan sesuatu perkara menjadi kunci asas kepada kejayaan seseorang insan.
Hal ini kerana apabila diteliti secara zahir, jika kita melihat usaha-usaha
yang telah dilakukan oleh orang-orang yang telah berjaya kunci kejayaan adalah
bagaimana dia berjaya melawan kehendak diri sendiri melakukan perkara-perkara yang
membuang masa walaupun perkara tersebut amat disukainya. Inilah saat yang
paling getir dalam diri seseorang kerana dia perlu betul-betul menahan diri
dari melakukan perkara tersebut.
Itulah yang disebut sebagai mujahadah atau berusaha
bersungguh-sungguh atau dengan istilah lainnya disebut sebagai jihad melawan
kehendak diri. Ya! Ia merupakan perkara yang paling sukar di praktikkan tetapi
ianya tidak mustahil. Bagi mamastikan usaha kita bersungguh-sungguh, maka kita
perlu kembali sentiasa mengingati matlamat hidup kita yang telah kita tetapkan.
Sentiasa memotivasikan diri diri dengan setiasa membayangkan dan menyebut-nyebut
cita-cita dan kejayaan kita akan datang. InsyaAllah, dengan cara ini kita akan
sentiasa menjadi bermotivasi dan sentiasa berdaya usaha bagi memastikan
kejayaan di tangan kita!!!.
No comments:
Post a Comment