Sunday 9 December 2012

GAMBAR KEM ANAK SOLEH 7-9 DIS 2012


Alhamdulillah, bersyukur prgram berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu. Juga terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak ke program kali ini. Pada adik-adik peserta sekalian, teruskan menjadi anak-anak soleh!.  :D

Saturday 10 November 2012

Hidup Bermatlamat

Bangun tidur - bekerja/belajar - pulang ke rumah - rehat - enjoy - tidur - bangun tidur. Pernahkah kita berfikir sejenak mengamati dan bertanya, siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi setelah mati, dan apa persiapan kita menghadapinya.

Sesungguhnya manusia itu diciptakan tuhan bersebab. Setiap apa yang wujud di dunia ini tidak ada yang sia-sia. Setiap diri punyai peranan masing-masing. Adakah kita menyedari peranan kita berada di muka bumi ini?. Adakah kita menyedari bahawa kita hanya menumpang semata-mata?.

Pendaftaran Kem Anak Soleh 2012 Dibuka!

Program ini adalah inspirasi daripada seorang pendidik bagi merialisasikan penanaman asas rohani yang utuh dalam jiwa anak-anak muda agar mereka tidak mudah terjebak dan   terbelenggu dalam masalah sosial yang berlaku saban hari. Daftar Online Sekarang!  

Thursday 6 September 2012

Salam Pengenalan


PENGENALAN

Fitrah Consultancy & Training Centre merupakan syarikat 100 % milik professional bumiputra. Bermula dengan hanya satu slot motivasi dan kemudiannya telah berjaya mengendalikan pelbagai jenis program pelbagai lapisan dan corak pembawakan. Ia telah didaftarkan pada 14-01-2011 di Ipoh Perak.