“Tabahkan hati menghadapi Ujian”. Sesuatu yang kita
seringkali dengar apabila kita diuji. Kita diuji dengan kesenangan atau kesusahan
semuanya adalah bermatlamatkan meningkatkan diri kita kearah yang lebih baik.
Bagi yang gagal, mereka akan tetap berada dalam kegelapan. Benarkah begitu?.
Ujian yang datang pada manusia pada hakikatnya semuanya membawa kepada
kebaikan.
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Wednesday, 26 June 2013
Sultan Murad I 761 H-791 H/1360M-1389M
Sultan Murad I 761 H-791 H/1360M-1389M
Sultan Murad amat memahami hakikat sebenar iman dan kalimah tauhid, serta dapat merasai kesan semua itu dalam kehidupannya. Keimanan dengan Allah ini membangkitkan rasa bangga dalam dirinya. Beliau meyakini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kebaikan. Hanya Allah sahaja yang menghidup dan mematikan. Allah adalah pemilik segala kuasa. Oleh kerana itu, beliau membuang segala rasa takut di hatinya, kecuali hanya pada Allah. Beliau tidak menundukkan kepalanya kepada mana-mana manusia. Beliau tidak akan patuh kepada manusia. Beliau tidak akan takut dengan segala keangkuhan dan kesombongan manusia. Ini kerana, beliau yakin Allah Maha Berkuasa dan Maha Agung.
Friday, 21 June 2013
Melawan Kehendak Diri
Saturday, 10 November 2012
Hidup Bermatlamat
Bangun tidur - bekerja/belajar - pulang ke rumah - rehat - enjoy - tidur - bangun tidur. Pernahkah kita berfikir sejenak mengamati dan bertanya, siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi setelah mati, dan apa persiapan kita menghadapinya.Sesungguhnya manusia itu diciptakan tuhan bersebab. Setiap apa yang wujud di dunia ini tidak ada yang sia-sia. Setiap diri punyai peranan masing-masing. Adakah kita menyedari peranan kita berada di muka bumi ini?. Adakah kita menyedari bahawa kita hanya menumpang semata-mata?.
Subscribe to:
Posts (Atom)


