Wednesday 26 June 2013

Kita Dilahirkan Berjaya

“Tabahkan hati menghadapi Ujian”. Sesuatu yang kita seringkali dengar apabila kita diuji. Kita diuji dengan kesenangan atau kesusahan semuanya adalah bermatlamatkan meningkatkan diri kita kearah yang lebih baik. Bagi yang gagal, mereka akan tetap berada dalam kegelapan. Benarkah begitu?. Ujian yang datang pada manusia pada hakikatnya semuanya membawa kepada kebaikan.

Sultan Murad I 761 H-791 H/1360M-1389M

Sultan Murad I 761 H-791 H/1360M-1389M

Sultan Murad amat memahami hakikat sebenar iman dan kalimah tauhid, serta dapat merasai kesan semua itu dalam kehidupannya. Keimanan dengan Allah ini membangkitkan rasa bangga dalam dirinya. Beliau meyakini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kebaikan. Hanya Allah sahaja yang menghidup dan mematikan. Allah adalah pemilik segala kuasa. Oleh kerana itu, beliau membuang segala rasa takut di hatinya, kecuali hanya pada Allah. Beliau tidak menundukkan kepalanya kepada mana-mana manusia. Beliau tidak akan patuh kepada manusia. Beliau tidak akan takut dengan segala keangkuhan dan kesombongan manusia. Ini kerana, beliau yakin Allah Maha Berkuasa dan Maha Agung.

Hujan Satu Rahmat dan Ujian


Syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada tuhan yang telah menurunkan hujan kepada kita setelah beberapa hari kita berada dalam “kekaburan” jerebu yang melanda Negara. Seluruh, manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan merasai betapa penyayangnya Allah s.w.t kepada seluruh makhlukNya. Jerebu yang melanda Negara seharusnya dijadikan satu iktibar kepada kita semua.

Banyak pengajaran yang kita dapat peroleh dari jerebu dan hujan. Hujan sebagai satu rahmat seluruh makhluk tuhan. Mengapa begitu?, ianya kerana tanpanya sudah tentu kita akan kekal barada dalam keadaan yang kabur berjerebu . Jerebu membawa penyakit, sesak nafas, mengurangkan kadar penglihatan dan sebagainya.Tetapi atas rahmat dari tuhan, kita dikurniakan semula nikmat menghirup udara segar hasil dari turunnya hujan.

Friday 21 June 2013

Melawan Kehendak Diri





Kejayaan merupakan satu perkara yang amat diidam-idamkan oleh semua insan. Tapi seringkali kita tercari-cari apakah kunci utama kejayaan bagi setiap orang. Walaupun dalam kehidupan, kita banyak melihat kejayaan orang lain dan mungkin kejayaan kita sendiri tapi mungkin ia berlaku secara sengaja atas usaha kita mencari kejayaan dan mungkin juga ada dalam kalangan kita hanya bernasib baik kerana dia berada di tempat dan masa yang tepat.