Wednesday 26 June 2013

Kita Dilahirkan Berjaya

“Tabahkan hati menghadapi Ujian”. Sesuatu yang kita seringkali dengar apabila kita diuji. Kita diuji dengan kesenangan atau kesusahan semuanya adalah bermatlamatkan meningkatkan diri kita kearah yang lebih baik. Bagi yang gagal, mereka akan tetap berada dalam kegelapan. Benarkah begitu?. Ujian yang datang pada manusia pada hakikatnya semuanya membawa kepada kebaikan.


Tiada sesuatu perkara dalam dunia ini tuhan jadikan untuk menggagalkan kita. Cuba kita singkap kembali dalam firman Allah yang bermaksud, “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Nah! Ini merupakan satu fakta bahawa kita tidak pernah di aniaya oleh Pencipta kita. Ada yang bertanya, “Jadi mengapa orang yang gagal dalam ujian akan hidup dalam keadaan merana”?. Soalnya benarkah begitu?. Orang yang gagal biasanya dapat mengetahui di mana silapnya dan akan menjadikannya lebih bermotivasi dan lebih berjaya dari orang yang berjaya dalam ujian pada peringkat awalnya. Persoalan yang kita perlu timbulkan disini, apakah ia gagal dan apakah ia berjaya?.


Mungkin di antara kita ada memikirkan mengenai, “oh mengapa aku mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan sedangkan aku telah belajar bersungguh-sungguh?”, atau “mengapa aku sukar sekali mendapat gaji yang lumayan sedangkan aku sudah berusaha keras?”. Adakah ianya kegagalan?. Sedangkan jika kita perhatikan semula dari satu sudut pandang berbeza, kita sebenarnya sudah berjaya!. Bagaimanakah kita boleh dikatakan berjaya?.


Cuba kita fikir sejenak, jika kita tidak mendapat keputusan yang kurang memuaskan, adakah kita dapat mengetahui dimana kelemahan kita?. Jika kita tidak mendapat gaji yang rendah, adakah kita akan dapat mengetahui bahawa usaha yang kita lakukan selama ini adalah belum mencukupi?. Nah inilah yang dikatakan bahawa kita semua dilahirkan berjaya!. Ingatlah duhai teman pembaca sekalian. Diri kita ini tidak pernah dizalimi oleh pencipta kita. Oleh itu jangan kita mulai menzalimi diri kita dengan menerapkan pemikiran negatif dalam diri kita. Sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita sama ada jatuh atau bangunnya kita merupakan satu titik menambah nilai diri menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.


Jangan menggagagalkan diri sebelum mencuba. Tiada suatupun yang berlaku atas muka bumi tuhan ini dengan sia-sia. Kesilapan yang kita lakukan adalah untuk diperbaiki. Kesalahan yang orang lain lakukan adalah untuk ditegur. Kejayaan yang diperoleh adalah untuk dinikmati bersama.  

1 comment:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    ReplyDelete