Friday 21 June 2013

Melawan Kehendak Diri





Kejayaan merupakan satu perkara yang amat diidam-idamkan oleh semua insan. Tapi seringkali kita tercari-cari apakah kunci utama kejayaan bagi setiap orang. Walaupun dalam kehidupan, kita banyak melihat kejayaan orang lain dan mungkin kejayaan kita sendiri tapi mungkin ia berlaku secara sengaja atas usaha kita mencari kejayaan dan mungkin juga ada dalam kalangan kita hanya bernasib baik kerana dia berada di tempat dan masa yang tepat.


Kejayaan merupakan satu perspektif umum bagi manusia. Semua manusia mahukan kejayaan. Ia seolah-olah menjadi ketamakan yang wujud sebagai fitrah manusia yang lahir dari benak hati nurani. Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Tetapi apa sebenarnya kejayaan yang dimaksudkan? Adakah dengan merangkul sesuatu anugerah atau mendapat satu keputusan yang camerlang dalam ujian atau peperiksaan?.

Hakikat kejayaan adalah apabila seorang manusia itu merasai ketenangan dalam diri. Jika seseorang insan memperoleh sesuatu tetapi tidak mendatangkan ketenangan dalam diri, maka ianya bukanlah kejayaan yang hakiki. Jadi apakah kejayaan?. Satu persoalan yang harus dijawab oleh diri kita sendiri, kejayaan yang bagaimanakah yang kita impikan.

Menurut sudut pandang Islam, satu kejayaan itu adalah apabila ia telah melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Kesusahan melawan hawa nafsu dalam diri dan mendisiplan diri dalam melakukan sesuatu perkara menjadi kunci asas kepada kejayaan seseorang insan. Hal ini kerana apabila diteliti secara zahir, jika kita melihat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang-orang yang telah berjaya kunci kejayaan adalah bagaimana dia berjaya melawan kehendak diri sendiri melakukan perkara-perkara yang membuang masa walaupun perkara tersebut amat disukainya. Inilah saat yang paling getir dalam diri seseorang kerana dia perlu betul-betul menahan diri dari melakukan perkara tersebut.


Itulah yang disebut sebagai mujahadah atau berusaha bersungguh-sungguh atau dengan istilah lainnya disebut sebagai jihad melawan kehendak diri. Ya! Ia merupakan perkara yang paling sukar di praktikkan tetapi ianya tidak mustahil. Bagi mamastikan usaha kita bersungguh-sungguh, maka kita perlu kembali sentiasa mengingati matlamat hidup kita yang telah kita tetapkan. Sentiasa memotivasikan diri diri dengan setiasa membayangkan dan menyebut-nyebut cita-cita dan kejayaan kita akan datang. InsyaAllah, dengan cara ini kita akan sentiasa menjadi bermotivasi dan sentiasa berdaya usaha bagi memastikan kejayaan di tangan kita!!!.  

No comments:

Post a Comment